Monday, 20 January 2014

Kuasa Bermula Awal

Assalamualaikum,


pokok manggis ~sekadar hiasan
Pepatah Cina ada mengatakan, 


"Masa terbaik bagi menanam pokok adalah 20 tahun dahulu, 
dan masa kedua terbaik adalah sekarang"

Mesejnya adalah jelas dan terang...alangkah ruginya 20 tahun dahulu saya tidak tanam pokok...kalau tidak...tentu dah dapat berteduh kat bawahnya, kalau pokok tu pokok durian, tentu saya dah dapat makan buahnya...kalau rambutan, kalau mangga..kalau langsat..eh, macam2 la buah yang terlintas di kepala ni..

Bagaimanapun, sekiranya kita menyesal sekarang, sudah tentu 20 tahun lagi kita akan menyesal lagi sekali...mampukah kita untuk terus menyesal dalam hidup...?? dah tentu tidak..

Saya cuba kaitkan dengan simpanan kita di masa hadapan....perumpamaannya sama seperti pokok itu...kalau kita tidak bermula sekarang, adakah 20 tahun lagi kita ada wang simpanan yang banyak dan mampu menampung kehidupan kita...dan  paling penting ia juga dapat mengatasi kenaikan inflasi setiap tahun...

Walaupun kita bermula dengan jumlah yang kecil, menyimpan sedikit gaji bulanan akan membantu membina rutin simpanan sepanjang hayat. 

Di sini juga saya ingin mengajak tuan/puan mengira sendiri satu teori yang sangat menarik, Iaitu teori gandakan wang simpanan, Teori Undang-Undang 72. (Ganda bermaksud, kalau duit anda 5,000...dalam tempoh masa tertentu wang anda akan menjadi 10,000). Berikut adalah formulanya :


Tempoh (tahun) duit simpanan akan berganda = 72 / (kadar pulangan tahunan)

Contohnya : Jika En. Zack melabur RM10,000 dalam dana yang akan memberi
pulangan 7 % setahun, En. Zack memerlukan 10 tahun untuk menggandakan wang tersebut menjadi RM20,000.

Anda boleh kira sendiri pada tahun ke berapa wang simpanan anda akan digandakan, dengan mengetahui berapa pulangan tahunan yang anda dapat di tempat simpanan anda. Adakah 1% atau 2% atau 5% atau 10% atau lebih lagi...

Tips kewangan dari saya : simpanlah di akaun yang menawarkan pulangan tahunan yang tinggi, supaya anda akan dapat menggandakan wang anda dengan dengan cepat....

hubungi saya untuk mengetahui caranya...


No comments:

Post a Comment