Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin kongsikan salah satu faedah utama melabur di dalam unit amanah.
Cuba kita perhatikan gambar di atas...sama tak dengan diri kita? Bayangkan kita adalah seorang rakyat biasa, yang mempunyai modal yang kecil...sudah tentu kita akan berfikir dimanakah pelaburan harus dibuat...?
Salah satu faedah utama unit amanah patuh syariah
Kewujudan dana unit amanah berasaskan patuh syariah menambah satu lagi bentuk pelaburan kepada masyarakat untuk membuat tabungan dan pelaburan dalam pasaran kewangan islam.
Salah satu faedah utama melabur dalam dana ini adalah dana diuruskan secara professional dan sistematik oleh pengurus yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka ini berupaya membuat analisis pasaran serta mahir memilih portfolio pelaburan terbaik.
Dengan ini, secara tidak langsung, para pelabur dapat memperolehi pengalaman pengurus dana yang professional.
Peluang melabur kepada semua lapisan masyarakat
Pelaburan dalam dana unit amanah berlandaskan syariah ini memberi peluang kepada pelabur di segenap lapisan masyarakat. Sama ada pelabur berskala besar mahupun pelabur kecil-kecilan.
Dengan ini, alasan ketiadaan modal atau ketiadaan pengetahuan dalam pelaburan bukan lagi menjadi satu masalah atau kekangan kepada kita. Terdapat manfaat yang perlu diraih oleh semua dengan melabur di dalam unit amanah berlandaskan syariah.
Sekiranya, anda mahukan penerangan lanjut, sila hubungi saya...shah ridhwan (putrajaya)..0193490198...saya sedia membantu...
No comments:
Post a Comment