Adakah anda berminat dengan dana berlandaskan Shariah yang memberikan pulangan dalam jangka sederhana hingga panjang?
Apakah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund?
CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund melabur di dalam syarikat-syarikat yang beroperasi berdasarkan prinsip Shariah. Anda pasti tenang kerana anda tahu, wang anda dilaburkan dengan sebaiknya.
Dana ini adalah untuk mereka yang boleh menerima risiko sederhana untuk mencapai potensi peningkatan modal yang lebih baik.
Fungsi Panel Shariah
Merujuk kepada Master Prospectus (Shariah-Compliant Funds) CIMB-Principal ASSET Management bertarikh 30 Jun 2013, Panel Shariah yang dilantik adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SC (Suruhanjaya Sekuriti). Berikut adalah antara fungsi-fungsinya :
- memberi nasihat terhadap semua aspek di dalam unit amanah;
- memberi kepakaran di dalam perkara berkaitan Shariah;
- memastikan dana diuruskan dan dioperasikan berlandaskan Shariah;
- memastikan pelaburan dibuat berlandaskan Shariah;
Panel Shariah akan bermesyuarat sebanyak 6 kali setahun dan akan mengeluarkan laporan berkenaan dana sebanyak 2 kali setahun.
Dengan ini, anda pasti tenang kerana anda tahu, wang anda dilaburkan dengan sebaiknya.
Jom mulakan simpanan sekarang...dan dapatkan pulangan setinggi 10-15% setahun bersama dana yang berlandaskan syariah...