Monday, 17 February 2014

"Tidak terdedah risiko rugi" - Harian Metro (5 Feb 2014)

Assalamualaikum,

Lama tidak mengupdate blog....=) disebabkan ingin mencari idea-idea baru...

di sini saya ingin berkongsi sisipan dari akhbar Harian Metro bertarikh 5 Feb 2014 di ruangan Bisnes.

"Tidak terdedah risiko rugi"

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan memilih unit amanah sebagai instrumen pelaburan atau tabungan jangka pendek kerana ia tidak terdedah kepada risiko kerugian dan lebih dipercayai ekoran dikawal oleh badan pengurus kawal selia dan dipantau Bank Negara Malaysia.

Keadaan ekonomi global yang tidak menentu memberi kesan kepada beberapa segmen pelaburan di dalam pasaran saham berbanding unit amanah yang sentiasa menunjukkan prestasi positif setiap tahun terutama pemberian dividen kepada pelaburnya.

Beliau berkata, unit amanah dijangka terus menjadi tarikan pelabur pada tahun ini memandangkan keuntungan yang diraih pelabur dalam keadaan stabil.


melaburlah di dalam unit amanah patuh syariah...anda berpeluang mendapat keuntungan yang tinggi 10-15%...
hubungi saya untuk penerangan lanjut...0193490198..

Tuesday, 4 February 2014

Paparan menarik : Jadual unjuran keuntungan bagi simpanan anda

Assalamualaikum,

Sungguh cepat masa berlalu...tanpa disedari kita dah memasuki bulan Februari....ok...baiklah....jangan buang masa lagi...mari sini saya tunjukkan paparan yang sangat menarik...iaitu Jadual unjuran keuntungan hasil dari simpanan anda di mana-mana tempat yang anda simpan....

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Jadual di atas menunjukkan berapa RM yang anda simpan....dan berapa keuntungan anda selepas 5 hingga 30 tahun...keuntungan tersebut mengikut kadar peratus pulangan yang diperolehi daripada tempat atau dana yang anda simpan...

Anda sebagai penyimpan/pelabur berhak menentukan di mana anda mahu pilih untuk membuat simpanan...kan...??

Saya sebagai penasihat kewangan...ingin mengesyorkan supaya memilih dana yang memberi / menawarkan peratus keuntungan yang lebih tinggi....

Di sini anda berpeluang untuk mendapat keuntungan 10-15% setahun...hubungi saya untuk mulakan pelaburan patuh syariah anda...


Tuesday, 28 January 2014

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund : Dana berlandaskan Shariah

Assalamualaikum,

Adakah anda berminat dengan dana berlandaskan Shariah yang memberikan pulangan dalam jangka sederhana hingga panjang?

Apakah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund?

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund melabur di dalam syarikat-syarikat yang beroperasi berdasarkan prinsip Shariah. Anda pasti tenang kerana anda tahu, wang anda dilaburkan dengan sebaiknya.

Dana ini adalah untuk mereka yang boleh menerima risiko sederhana untuk mencapai potensi peningkatan modal yang lebih baik.

Fungsi Panel Shariah

Merujuk kepada Master Prospectus (Shariah-Compliant Funds) CIMB-Principal ASSET Management  bertarikh 30 Jun 2013, Panel Shariah yang dilantik adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SC (Suruhanjaya Sekuriti). Berikut adalah antara fungsi-fungsinya :

  1. memberi nasihat terhadap semua aspek di dalam unit amanah;
  2. memberi kepakaran di dalam perkara berkaitan Shariah;
  3. memastikan dana diuruskan dan dioperasikan berlandaskan Shariah;
  4. memastikan pelaburan dibuat berlandaskan Shariah;
Panel Shariah akan bermesyuarat sebanyak 6 kali setahun dan akan mengeluarkan laporan berkenaan dana sebanyak 2 kali setahun.

Dengan ini, anda pasti tenang kerana anda tahu, wang anda dilaburkan dengan sebaiknya.


Jom mulakan simpanan sekarang...dan dapatkan pulangan setinggi 10-15% setahun bersama dana yang berlandaskan syariah...

Monday, 27 January 2014

Peluang memulakan simpanan di dalam unit amanah yang patuh syariah

Assalamualaikum,

Saya ingin memperkenalkan satu dana unit amanah islamik. Dana ini telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai dana yang mematuhi syariah di dalam pelaburannya.

Pulangan tahunan dana adalah 10%-15%. 

Saya sebagai perunding unit amanah islam yang berdaftar, sedia membantu tuan/puan untuk memulakan simpanan.

Mulakan simpanan dengan awal untuk mencapai objektif kewangan tuan/puan.
Dana ini sesuai untuk dijadikan simpanan untuk masa depan seperti persaraan, pendidikan anak-anak dan sebagainya.

Tuesday, 21 January 2014

Faedah utama melabur dalam unit amanah

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan salah satu faedah utama melabur di dalam unit amanah.


Cuba kita perhatikan gambar di atas...sama tak dengan diri kita? Bayangkan kita adalah seorang rakyat biasa, yang mempunyai modal yang kecil...sudah tentu kita akan berfikir dimanakah pelaburan harus dibuat...?

Salah satu faedah utama unit amanah patuh syariah

Kewujudan dana unit amanah berasaskan patuh syariah menambah satu lagi bentuk pelaburan kepada masyarakat untuk membuat tabungan dan pelaburan dalam pasaran kewangan islam.

Salah satu faedah utama melabur dalam dana ini adalah dana diuruskan secara professional dan sistematik oleh pengurus yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka ini berupaya membuat analisis pasaran serta mahir memilih portfolio pelaburan terbaik.

Dengan ini, secara tidak langsung, para pelabur dapat memperolehi pengalaman pengurus dana yang professional.

Peluang melabur kepada semua lapisan masyarakat

Pelaburan dalam dana unit amanah berlandaskan syariah ini memberi peluang kepada pelabur di segenap lapisan masyarakat. Sama ada pelabur berskala besar mahupun pelabur kecil-kecilan. 

Dengan ini, alasan ketiadaan modal atau ketiadaan pengetahuan dalam pelaburan bukan lagi menjadi satu masalah atau kekangan kepada kita. Terdapat manfaat yang perlu diraih oleh semua dengan melabur di dalam unit amanah berlandaskan syariah.

Sekiranya, anda mahukan penerangan lanjut, sila hubungi saya...shah ridhwan (putrajaya)..0193490198...saya sedia membantu...



Monday, 20 January 2014

Kuasa Bermula Awal

Assalamualaikum,


pokok manggis ~sekadar hiasan
Pepatah Cina ada mengatakan, 


"Masa terbaik bagi menanam pokok adalah 20 tahun dahulu, 
dan masa kedua terbaik adalah sekarang"

Mesejnya adalah jelas dan terang...alangkah ruginya 20 tahun dahulu saya tidak tanam pokok...kalau tidak...tentu dah dapat berteduh kat bawahnya, kalau pokok tu pokok durian, tentu saya dah dapat makan buahnya...kalau rambutan, kalau mangga..kalau langsat..eh, macam2 la buah yang terlintas di kepala ni..

Bagaimanapun, sekiranya kita menyesal sekarang, sudah tentu 20 tahun lagi kita akan menyesal lagi sekali...mampukah kita untuk terus menyesal dalam hidup...?? dah tentu tidak..

Saya cuba kaitkan dengan simpanan kita di masa hadapan....perumpamaannya sama seperti pokok itu...kalau kita tidak bermula sekarang, adakah 20 tahun lagi kita ada wang simpanan yang banyak dan mampu menampung kehidupan kita...dan  paling penting ia juga dapat mengatasi kenaikan inflasi setiap tahun...

Walaupun kita bermula dengan jumlah yang kecil, menyimpan sedikit gaji bulanan akan membantu membina rutin simpanan sepanjang hayat. 

Di sini juga saya ingin mengajak tuan/puan mengira sendiri satu teori yang sangat menarik, Iaitu teori gandakan wang simpanan, Teori Undang-Undang 72. (Ganda bermaksud, kalau duit anda 5,000...dalam tempoh masa tertentu wang anda akan menjadi 10,000). Berikut adalah formulanya :


Tempoh (tahun) duit simpanan akan berganda = 72 / (kadar pulangan tahunan)

Contohnya : Jika En. Zack melabur RM10,000 dalam dana yang akan memberi
pulangan 7 % setahun, En. Zack memerlukan 10 tahun untuk menggandakan wang tersebut menjadi RM20,000.

Anda boleh kira sendiri pada tahun ke berapa wang simpanan anda akan digandakan, dengan mengetahui berapa pulangan tahunan yang anda dapat di tempat simpanan anda. Adakah 1% atau 2% atau 5% atau 10% atau lebih lagi...

Tips kewangan dari saya : simpanlah di akaun yang menawarkan pulangan tahunan yang tinggi, supaya anda akan dapat menggandakan wang anda dengan dengan cepat....

hubungi saya untuk mengetahui caranya...


Thursday, 16 January 2014

Jangka masa terbaik untuk mendapat keuntungan

perkara ini adalah perkara paling penting..sebab semua mahu untung.....=) 

Di dalam pelaburan unit amanah, jangka masa terbaik untuk mendapat keuntungan adalah dalam jangka masa 3 ke 5 tahun....

Jangka masa ini adalah yang disyorkan oleh pengurus dana yang bertanggungjawab menguruskan dana para pelabur semua. Dan ianya tertulis di dalam Fund Fact Sheet ...kalau jumpa saya nanti saya tunjukkan..=)

Oleh itu, pelaburan ini adalah sesuai untuk para pelabur yang ingin mencapai objektif kewangan dalam jangka masa sederhana & panjang...sebagai contoh untuk membeli rumah, membeli kereta, tabung persaraan, menunaikan umrah/haji, tabung pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi.

Begitupun, sekiranya prestasi dana adalah baik, para pelabur boleh mendapat keuntungan lebih awal dari itu....contohnya seperti saya dan banyak pelabur lain dah merasainya....

Sekali lagi saya ingin maklumkan bahawa purata keuntungan adalah dari 10 - 15% setahun...wahh...lebih tinggi dari pelaburan unit amanah yang paling popular di negara kita....

Hubungi saya....saya akan bantu saudara/i untuk menjadi pelabur yang bijak....=)

Wednesday, 15 January 2014

Risiko pelaburan dan cara mengatasinya

Tahniah kepada saudara/i yang bertanyakan soalan risiko di dalam pelaburan unit amanah. Ini menunjukkan saudara memahami konsep sesebuah pelaburan. Di dalam konsep pelaburan unit amanah, harga unit adalah berubah setiap hari.

Risiko dalam unit amanah.

Di dalam unit amanah, para pelabur berhak untuk memilih sendiri risiko yang mahu diambil. Ini kerana terdapat dana-dana unit amanah yang berbeza tahap risikonya. 1) rendah, 2) sederhana, 3) tinggi.

Para pelabur juga perlu faham bahawa di dalam unit amanah, semakin rendah risiko, maka kadar kenaikan harga unit adalah rendah. Manakala, semakin tinggi risiko, maka kadar kenaikan harga unit adalah tinggi. Ini bermakna, pelaburan di dana yang mempunyai risiko tinggi akan memberikan keuntungan yang tinggi kepada para pelabur.

Perkara penting yang pelabur mesti tahu untuk mengatasi risiko

  1. Sebelum memilih dana yang sesuai dengan seseorang pelabur, para pelabur perlu tahu dimanakah pelaburan dibuat? 
  2. Adakah pelaburan dibuat dalam negara atau luar negara?
  3. Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan penurunan harga unit?
  4. Apakah trend harga unit sekarang? 
  5. Bila masa terbaik untuk mulakan/menambah pelaburan?
  6. Bila masa sesuai untuk mendapat keuntungan seperti yang ingin dicapai?
  7. Adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat pengeluaran?

Tetapi, buat saudara/i semua....sebagai Perunding Unit Amanah, saya ada jawapannya..=) Dan ianya penting untuk diketahui oleh seorang pelabur yang bijak. Dan yang paling menarik, saya sedia berkongsi dengan saudara/i cara-cara untuk mengatasi risiko pelaburan ini...

Oleh itu, hubungi saya secepat mungkin untuk buat temujanji...

Everyday is the right time to invest..start from now...=)

Tuesday, 7 January 2014

Soalan : Di manakah pelaburan di buat?

Persoalan di mana pelaburan dibuat adalah satu persoalan yang wajib ditanya oleh seseorang pelabur sebelum memulakan pelaburan. Hal ini kerana, sebagai pelabur kita berhak untuk mengetahui ke mana wang kita dilaburkan. 

Oleh itu, di sini saya akan memberi maklumat yang sebenar berkaitan dana CIMB ISLAMIC DALI EQUITY GROWTH FUND. (DALI bermaksud Dana Al Ihsan). Dana ini adalah dana yang sangat disyorkan untuk para pelabur berikutan pulangan yang tinggi kerana keuntungannya adalah 10-15% setahun..

92.73% adalah pelaburan berasaskan syariah (semuanya dalam negara)
0.02% adalah sukuk adalah islamic bond
7.25% adalah tunai.

Boleh disaksikan di atas adalah breakdown untuk sektor-sektor yang dilaburkan.

Ditunjukkan top 10 syarikat yang mana pelaburan di buat di sini. Syarikat dalam negara yang stabil...=)

Mulakan pelaburan anda sekarang....everyday is the right time to invest....hubungi saya 0193490198...shah...

Prestasi Dana Unit Amanah CIMB Islamic

hari ni saya nak tunjukkan pada semua prestasi Dana Unit Amanah CIMB Islamic ini....


Prestasi dalam 1 tahun & prestasi 5 tahun....

Graf prestasi ini boleh dilihat di www.blomberg.com
lihat pada anak panah....prestasi kenaikan harga untuk 1 tahun adalah 19.53%.....prestasi kenaikan harga untuk 5 tahun adalah 19.40%....

(prestasi yang dipaparkan adalah bertarikh 3 jan 2014)

graf menunjukkan kestabilan dana ini dan ianya sangat menguntungkan para pelabur....


Monday, 6 January 2014

Pengambilan Untung Saham

Pengambilan Untung Saham

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140106/ek_01/Pengambilan-untung-saham

" terdapat kemungkinan jualan oleh pelabur global yang mahu mengambil keuntungan sementara selepas kenaikan kukuh tahun lepas, katanya.

Nazri berkata, kelemahan ketika ini menyediakan peluang kedua untuk mengumpul sebelum memanfaatkan gelombang baharu momentum meningkat pada masa hadapan.


"Kami menjangkakan peningkatan pasaran kita akan berterusan dan justeru itu para peniaga perlu mengambil kesempatan daripada penurunan untuk menambah pegangan," katanya. "


Ekonomi Malaysia meningkat - Berita Baik Untuk Pelabur Unit Amanah

Ekonomi Malaysia meningkat - Berita Baik Untuk Pelabur Unit Amanah

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140101/ek_02/Ekonomi-Malaysia-meningkat

Ekonomi Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan 5.5 peratus pada 2014, kata Ketua Ekonomi dan Ketua Strategi Pelaburan, AMP Capital, Dr. Shane Oliver.
Beliau berkata, tahun hadapan, kadar pertumbuhan Malaysia dijangka meningkat kepada sekitar 5.5 peratus selepas mencapai 4.5 peratus tahun ini.


Thursday, 2 January 2014

pelaburan unit amanah 2014

assalamualaikum,

mulai januari 2014, blog ini akan memfokuskan untuk memberi maklumat berkenaan info pelaburan unit amanah kepada semua pengunjung. pengisian adalah menjurus kepada memberi pengenalan dan pengetahuan tentang pelaburan unit amanah.

semoga memberi manfaat kepada semua pengunjung.

sekian.

admin: pelaburan2014.blogspot.com